Berbalik kepada citer jamu tadi, ye..anak pertama saya pakai jamu ni dan memang agak berkesan dan ianya complete sungguh..bukan nak promote lebih, tapi jamu ni macam compote la, dan harga yang amat berpatutan.
Semua ada lah dari segi minyak baby, minyak ibu, pil2, mandian, param bagai , bengkung.tu yang saya suka..Saya memang suggestkan kat u all mana 2 yang sedang mencari jamu tu, try la jamu ni...complete..
Harga 1 set ni RM293.00 sahaja.
Jamu ni saya dah order dengan kawan opis lama, linda.. masa anak pertama dulupun dengan dia. Tq ye dik..hujung bulan ni dia kata leh dapat..fuh!!!settle satu masalah...
Ada satu barang ni pun saya dapat antara hujung bulan ni atau awal bulan depan. Dah target anak kedua ni nak bagi Full Breastfeed,Insyallah.kena set minda dengan penyusuan ini.. Dari segi bacaan, insyallah, akan terlaksana.Masa anak pertama kita takde langsung pengalaman dan memang frust gile time tu walaupun susu melimpah2 kuarnya. Kali ni saya order Madela Harmonies Breastpump. Pump ni cara manual, dok pantang rasanya ok la pakai manual.Kalo ada rezki lebih, naik kerja baru pikir nak beli yang elektrik ke kan.. Dapat tahupun dari teman-teman yang dah gunakannya..Diaorang kata memang sesuai dan tidak menyakitkan..Dengan harga yang amat berpatutan. Oh Saya teruja ok nak beli dan pasti akan beli jugakan..
Harga RM199.50 termasuk postage. Ye, saya beli by online, u all cari la KAK ENGKU BIDAN BERSALIN. Memang murah yer..Just nnti beli cooler beg pas naik koje jer nanti..
so 2benda yang agak besar ni jer tak dapat kat tangan.. Yang lain semua ada kot.. Jap nak senarai :
Dalam Beg Baby :
* 4 pasang baju baby (sehelai je baju baru ye, yang lain abg dia nyer,semua elok2 belaka, cam baru tau)
* 10 helai pampers new born
* 1 helai blanket
* 1 helai towel baby
* 2 helai towel kecil-kecil
* 2 helai barut zip zap je
* 1 pack tissuewipe
* 2 pasang stokin tangan ngan kaki (yang ni bau kedai)
* 1 set mini size mandian dan bedak bagai
Yang takde :
* bantal baby yang comel (bantal karipap tu)
* minyak baby (tak dapat set jamu lagi)
Dalam beg Mama:
* 2 helai kain batik
* 2 helai t shirt
* 1 helai towel mandi
* set mandian (sikat, sabun, bedak, berus gigi,ubat gigi)
* tuala wanita yang sesuai yer
* Selipar yang ringan-ringan
* stokin
Yang tak masuk lagi:
* minyak angin
* panties / bra penyusuan
* Tudung yang tak kelomot
aduhai!!rasa macam ada yang tak complete.Pastikan bulan 6 ni mesti dicompletekan yer..Buatnya terbersalin awal ke kan, nahas la..hehehe..Teruja yer nak beranak..hahaha..4 tahun tak rasa nak beranak..hehehe...